Bukti Kebenaran Islam
Big Bang ( Lukisan Artis )
Bukti Kebenaran Islam
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام على من اتبع الهدى
Banyak orang beriman namun tidak 100% keimanan itu. Banyak orang beribadat tapi tidak sepenuh hati. Banyak orang percaya syurga tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh mendapatkannya. Banyak orang percaya neraka tetapi tidak takut padanya. Banyak orang takut pada neraka tapi tidak berusaha bersungguh-sungguh menghindarinya.
Namun semuanya itu bergantung kepada Iman dan keyakinan jua. Untuk meningkatkan keimanan kita sehingga mencapai 100% ialah dengan membaca Ayat-Ayat Allah swt dengan cara berulang-ulang sehingga meresap keseluruh jiwa dan sanubari.
Antara ayat yang baik dibaca berulang-ulang ialah ayat di bawah ini.
30. أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? ( Surah al-Anbiyaa' ayat 30)
Bukti kebenaran Islam telah Allah swt tunjukkan di setiap sudut kehidupan manusia. Tiada ruang yang tertinggal dan tiada titik yang wujud melainkan ada kuasa Allah swt meliputi luar dan dalam perkara tersebut.
Ayat di atas menunjukkan kepada kita betapa betulnya Allah yang menyatakan di dalam al-Qur'an yang menyatakan bahawa bumi dan segala yang wujud di dunia ketika ini pada mulanya adalah satu, kemudian ia berpecah dan semakin jauh dengan kelajuan yang masih kuat dari semenjak dulu. Peristiwa perpecahan bumi dan angkasa itu disebutkan dengan nama yang mashor ketika ini iaitu Big Bang.
Apabila saintis menyembutkan peristiwa Big Bang, lalu al-Qur'an pula menyebutkannya, maka tidakkah orang-orang ingkar itu berfikir. Sedangkan al-Qur'an telah disebutkan jauh sebelum ada peralatan sains moden ketika ini.
Bahkan bukan itu sahaja. Malah pada setiap sudut di dunia ini, semuanya mempunyai bukti-bukti keesaan Allah swt.
Firman Allah swt dalam surah yang sama ayat 22.
22. لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا ۚ فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
sumber MUHAMMAD AHMAD (Rahsia Besar dalam Alquran)
No comments:
Post a Comment