REZEKI DALAM RUMAHTANGGA
Bila dah berkahwin ni, bermakna ibu dan ayah melepaskan anaknya yang perempuan utk hidup bersama dengan lelaki yang kita pilih utk hidup bersama.
Tidak sekadar hidup bersama, ttp bermulanya satu galasan baru, memikul tanggungjawab utk mengemudi sebuah empayar.
Corak empayar, bergantung pada kedua pengemudi, si suami dan si isteri.
Dan paling utama bergantung kepada pemimpin empayar, si suami merangkap si ayah apabila dikurniakan zuriat.
Bila disebut ttg rezeki, kdg2 yg terlintas terlebih dulu adalah WANG.
Atau nama lain DUIT.
Mmglah, bila dah kahwin kenalah ada duit sendiri. Nak tanggung anak bini.
Namun, ada rumah tangga yang meletakkan duit sbg matlamat yg teratas. Setiap hari fikir pasal duit.
Kejar duit.. duit.. dan duit.
Kehidupan saya dalam alam rumah tangga ni banyak membawa saya berfikir.. terutama ttg rezeki. Almaklum masa bujang semuanya bergantung pada mak ayah. Bila dah kahwin baru tau erti kehidupan sebenarnya.
Pernah satu hari saya terdengar ceramah dalam TV. Katanya…
“Rezeki ni bukan hanya pada duit. Tapi rezeki juga dtg dalam bentuk kesihatan, ketenangan, ilmu, anak dan lain-lain”.
Betapa rezeki ni ruangnya luas.
Namun, utk menilainya perlu kepada mata hati yg jernih.
Mengejar harta tanpa iman membuatkan kita semakin haus. Makin kita telan makin rasa x cukup.
Justeru, apa yang membuatkan kita rasa cukup adalah sifat qanaah. Ya, sifat qanaah adalah senjata kebahagiaan dalam rumah tangga.
Bukan sekadar merasa cukup tanpa lebih berusaha. Berusaha mengejar keperluan kehidupan bukan sebagai matlamat, ttp hanya sebagai alat supaya ibadah kita makin ditingkatkan.
Rezeki yang sedikit dikongsi. Yang banyak dibahagi-bahagi. Bahkan kita juga digalakkan utk menjauhi kemiskinan kerana ianya mendekatkan kita kepada kekufuran.
Pernah saya menonton filem ‘Kun fa ya kun’ dengan suami. Filem Indonesia. Sungguh terkesan.
Mengisahkan ttg kehidupan sebuah keluarga yang miskin. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Siang malam bekerja, di samping solat dan banyak berdoa tak ditinggalkan. Mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah minta dimudahkan rezeki, namun Allah tidak segera menjawab. Mereka hidup susah.
Namun, kata kata-kata semangat dari si Ayah kepada isteri dan anak-anaknya:
“KITA MESTI MENJADI TANGAN YANG DI ATAS, BUKAN DI BAWAH”
Dengan Usaha dan Tawakal pada Allah akhirnya nasib mereka berubah menjadi orang yang kaya. Keyakinan dan kebergantungan mereka pada Allah akhirnya membuahkan hasil.
Justeru,
Memimpin rumah tangga biar dengan ISI. (Macam Salih Yaakob). :p
Sungguh, rezeki yang paling berharga yang Allah kurniakan dalam rumahtangga adalah hati yang tenang dan jernih.
Hati yang mulia pada suami.
Hati yang tenang pada isteri.
Hati yang baik pada anak-anak.
Membuatkan hidup menjadi saling melengkapi. Melengkapkan bangunan, saling menguatkan pada posisi masing-masing.
Ya Allah, kurniakan kami rezeki yang berkat dan halal pada rumahtangga kami. Teguhkan dengan iman, mantapkan dengan taqwa, padukan dengan cinta dan kasih sayang antara kami. Amiiiin
Sumber drpd "KEMBARA SUFI"
Anda mungkin juga meminati:
No comments:
Post a Comment