May 29, 2011

Perang Dunia III - pandangan paranormal


Anda tidak perlu percaya dengan tilikan para penilik dan ramalan ahli paranormal terutama jika mereka bukan Muslim.  Anggap sahaja sebagai bacaan biasa. Namun situasi semasa sememangnya menunjukkan kepada satu keadaan yang mencemaskan walaupun sebahagian besar penduduk bumi tidak menyedarinya.


Masih teringatkah anda mengenai kalender suku Maya yang menyatakan bahawa kiamat diramalkan akan terjadi pada tahun 2012. Akan tetapi ada juga para ahli spiritual yang menyatakan bahawa di tahun 2014 nanti akan muncul Perang Dunia ke-III. Ramalan tersebut diramalkan oleh paranormal yang ada di Rusia.

Sekelompok organisasi di Rusia, yang terdiri dari peramal dan paranormal. berkumpul untuk mengaitkan fenomena yang akan terjadi dalam waktu terdekat dan di masa depan.

"Fenomena yang mereka anggap sebagai akhir dari krisis kewangan, ternyata belum benar-benar berakhir. Ini merupakan permulaan dari krisis yang lebih besar dan akan terjadi dalam waktu terdekat," ujar ahli astrologi, Aleksei Kolov, seperti dikutip dari Pravda.ru, Minggu (27/3/2011).

Ramalan yang lebih menarik dipaparkan oleh ahli astrologi lain, Pavel Globa. Menurut Globa, semua orang percaya bahawa ini merupakan tahun yang tenang. Namun Globa tidak setuju.

"Bagaimana boleh disebut sebagai tahun yang tenang jika Jepun disibukkan dengan gempa. Akan ada perang yang berlangsung di beberapa negara tahun ini, tetapi tidak di negara-negara lain. Kecuali saat musim panas berlangsung. Musim panas kali ini cukup sulit. Akan ada sekira tiga gerhana yang hadir berturut-turut pada sekitar bulan Jun dan Julai. Tahun ini jumlah keseluruhan akan ada kira-kira enam gerhana. Kita pernah mengalami tahun bencana dengan fenomena yang sama pada 20 tahun lalu, ketika Soviet Union runtuh, "ujar Globa.

Globa memberi amaran bahawa gerhana merupakan petanda bencana tahun ini. Gerhana terakhir akan terjadi pada 10 Disember, saat ini akan terjadi konflik di Balkan.

Menurut Globa, perhitungan perbintangan dan fenomena alam di tahun ini hampir sama dengan 1939, tahun permulaan ketika perang dunia ke-2 akan terjadi.

Sayangnya Globa tidak mengatakan negara mana yang akan mencetuskan perang tersebut. Hanya saja ia percaya bahawa revolusi di Afrika akan mencapai Rusia. Demonstasi rakyat akan berlangsung di sebahagian besar negara pusat Asia.

"Peristiwa tersebut terjadi kerana fenomena alam yang bernama Black Moon. Fenomena Black Moon ini telah mencetuskan beberapa bencana dunia seperti perang Libya dan gempa Jepun. Saat NATO menyerang Libya, Black Moon berada pada kedudukan sejajar dengan matahari. Bahkan saat gempa Jepun, Black Moon berada sejajar dengan Uranus, "ujar Globa.

Dalam waktu dekat, para peramal itu juga meramalkan akan ada revolusi di Syria dan Yaman. Pemimpin Yaman akan dapat digulingkan. Satu-satunya negara yang dianggap selamat oleh para ahli nujum itu hanya Algeria. Meskipun akan terjadi rusuhan di negara tersebut namun dianggap tidak akan berlangsung lama.

"Saya telah mempelajari kaji bintang terhadap pemimpin tiap negara. Presiden Algeria merupakan satu-satunya pemimpin yang tidak mempunyai karisma. Tarikh lahirnya sama dengan Gorbachev, 2 Mac 1931. Dia sepertinya akan hidup damai, memiliki kapal pesiar dan vila. Tidak akan ada revolusi di Algeria, "ujar Pavel Globa.

Sedangkan untuk takdir pemimpin Libya, Ghadafi, tidak banyak ahli nujum yang boleh meramal kerana tidak ada yang tahu tarikh lahirnya, apakah pada 1937, 1940, atau 1942. Namun menurut Globa, jika ia lahir pada 7 Jun, kemungkinan ia akan meninggal dunia di tarikh yang sama dengan hari lahirnya kerana akan ada gerhana pada tarikh tersebut.

Paranormal yang lain, Lara vais, mengatakan bahawa Jepun belum pulih daripada trauma gempa dan tsunami. Gempa hebat akan melanda Jepun lagi dan semakin ramai orang di bumi ini yang akan terbunuh.

Andrei Dondukov, seorang cenayang (pawang) dari Republik Tuva, mengatakan bahawa 2009 ditandai dengan era Yamaraj yang bermaksud dewa kematian.

"Setiap orang akan bertanggung jawab atas semua yang mereka lakukan selama ini. Era kematian akan ditutup pada 5 November," kata Dondukov.

Selanjutnya Dondukov berkata, lelaki akan mula kehilangan kekuatan dan kekuasaan yang selama ini selalu dikaitkan dengan jantina-kelakian tersebut. Saat ini era perempuan yang akan mula berkuasa.

"Selama ini kita hidup di era patriarki (sistem masyarakat yg sebahagian besar kekuasaannya dipegang oleh kaum lelaki). Era ini akan berakhir dan kekuasaan matriarki (penguasaan wanita) akan kembali di mana saatnya perempuan yang berkuasa," ujar Dondukov

sumber

No comments:

Post a Comment