AUGUST,SATURDAY 07, 2010
Jejak Dajjal Dalam Sejarah: Siar semula dari Arkib Konspirasi Sepanjang Zaman
Ditulis Oleh: Konspirasi Teoris
Disiarkan Semula Oleh: The ASSOCIATE
(Nota dari ASSOCIATE: Tidak semua bahan dari Arkib Konspirasi Sepanjang Zaman akan disiar semula di sini, hanya artikel-artikel tertentu yang akan disiarkan semula dan yang mempunyai kaitan dengan tujuan asal blog ini iaitu berkaitan mistikal Dajjalism. Lain-lain bahan arkib boleh didapati di link-link yang akan disediakan nanti)
Mahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis.
Sekadar membuat tekaan, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri…the puzzle.
Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.
Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains….KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!
Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.
Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Kami menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi.
Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin cuba disampaikan kepada anda semua. Semoga niat ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.
KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL.
Mengenalpasti & Menyusun kod
Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam
Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.
—
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.
—
Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:
Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:
“Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?” Seorang sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Lalu baginda menyambung: “Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal.”
“Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata: “Apakah kamu ini?”.
Makhluk itu menjawab: “Aku pengintip rahsia (Jassasah)”
Mereka bertanya lagi: “Pengintip apa?”.
Makhluk itu menjawab: “Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu.”
Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali.
Kemudian mereka bertanya: “Siapa kamu ini?”
Lelaki yang dipasung itu menjawab: “Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan.”
Mereka menjawab: “Ia sudah hampir tidak berbuah lagi.”
Lelaki dipasung itu bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?”
Lalu mereka jawab: “Airnya hampir kering.”
Dia bertanya lagi: “Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?”
Mereka menjawab: “Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah).”
Dia bertanya: “Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?”
Mereka menjawab: “Ya. Mereka memeranginya.”
Dia bertanya lagi: “Bagaimana perlakuan mereka?”
Mereka jawab: “Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya.”
Lelaki itu berkata: “Itu benar terjadi?”
Mereka menjawab: “Benar. Itu yang benar terjadi”
Lelaki itu berkata: “Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baikkepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat.”
Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: “Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur”
Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: “Itulah yang aku dengar dari Rasullallah.”
Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.
—
Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:
- akan muncul pada akhir zaman
- mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- menyebar fitnah dan dusta
Kod-kod sumber Yahudi
“This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beast, for it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666).” (Bible, Revelation 13:18)
- ayat ini bermaksud, hanya mereka arif sahaja akan menyedari rahsia angka 666.
—
“For many deceivers are entered into the world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a deceiver and an antichrist.” (Bible King James, John 1:7)
- ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendusta
Kod-kod sejarah mengenai ‘manusia hebat’ , ‘tuhan matahari’ dan sebagainya.
Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara
Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)
Kod #1: Horus The One-Eyed Sun God
Kita selongkar kisah Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth.
Peperangan tersebut menjadi satu perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.
Horus dikatakan bermati-matian menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.
Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya bagi tujuan bersembunyi.
Bagaimanapun, Horus The Sun God pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta, kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing sungai itu.
Setelah beberapa tahun selepas peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.
Melalui epik itu juga, Seth pada satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth pula kelihatan seperti Horus.
Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib.
Semasa disalib dan ditikam sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth. Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke bumi. – SUMBER: Ancient Egyptian Myths & Book of the Deads.
kod 2:
Quetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan)
menurut kepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihtan
seperti makhluk asing dari jenis Reptilian
Kod #2: Quetzalcoatl, The God of Mayan
Lelaki ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.
Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun pendedahan dengan tamadun luar.
Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap
dengan ketiadaan bucu
Adrian Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku mereka The Mayan Prophecies menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Tanpa Cotterel dan Gilbert sedar, pendapat mereka adalah selari dengan sebuah hadis Tamim ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki itu menyatakan dia adalah Dajjal. Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah. Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan Dajjal menjawab… “sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu hampir..” Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu alaihi wassalam, wa ‘ala alihi wa as habihi ajma’in).
Teori Cotterell dan Gilbert juga selari dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel dan Gilbert juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis. Teori di sini ialah, Atlantis itu mungkin pulau yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja Dajjal dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang tenggelam itu juga dikatakan akan timbul kembali pada akhir zaman.
Kalendar Mayan yang berbentuk matahari
Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012?
Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.
kod 3:
Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?
Piramid Xian dan Mayan tersebut mungkin separuh siap seperti piramid dalam rajah ini.. hanya menunggu ketibaan semula mata itu. Segala-galanya mengenai matahari, segitiga bermata satu itu juga digambarkan bersinar sebagaimana matahari.
Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth
Kita teroka pula dalam kisah sejarah tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) di China. Sejarah yang berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku secara kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak ‘Tuhan’ mereka (Dajjal - God of Pagan) di China semasa era penjajahan.
Monumen dan artifak Terracota Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia.
Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua
kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi
Tamadun China juga meninggalkan salah satu kod iaitu piramid di wilayah Xian, sama seperti kod piramid yang ditinggalkan oleh tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam tulisan Cina.
Bahasa Cina dibina daripada gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “…pemerintah akan kembali…..penghujung waktu…” – SUMBER: The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.
Siapa pemerintah yang dikatakan akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali untuk menjadi tuhan.
kod 4:
Sebuah piramid misteri di dasar laut di perairan Okinawa di Jepun
Kod #4: Piramid Misteri di Dasar Laut Jepun
Setiap jejak Dajjal di tamadun-tamadun kuno meninggalkan kod hampir sama yang hanya difahami oleh penyembahnya sejak zaman berzaman. Salah satu kod ialah piramid, bongkah berbucu ini wujud di banyak lokasi seluruh dunia dan mengandungi misteri sejarah. Sejarah purba Jepun juga mempunyai binaan piramid yang misteri dan masih tidak mempunyaipenjelasan kukuh berhubung penemuan bongkah piramid gergasi di dasat laut di Okinawa. Ia tenggelam (tenggelam atau memang dibina di dasar air?) pada kedalaman 60 hingga 100 kaki di dasar laut. Menurut perkiraan para penyelam di Jepun, saiz piramid itu dianggarkan kira-kira 666 kaki lebar dan 99.9 kaki tinggi, ia dipercayai dibina pada sekitar tahun 8000 SM sebelum ais di kutub mencair (atau sebelum peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh? dan tenggelam hingga hari ini akibat peristiwa Banjir Besar?), ia dibina kira-kira 3000 tahun lebih dahulu sebelum piramid Mesir dibina.
Paling menarik, juga wujud satu binaan berbentuk hexagon (penyamaran hexagram? star of david?). Namun tidak banyak maklumat mengenai piramid ini atau tamadun misteri ini yang dibuat kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Apa yang jelas ialah, kod piramid wujud di hampir semua tamadun kuno.
Manakala teori kami pula, ia menandakan kewujudan manusia hebat dan pintar ini dalam pentas sejarah sejak sekian lama kerana dipanjangkan usianya oleh Allah. Dajjal meninggalkan kod-kod ini supaya para penyembahnya dapat memahami maksud terbesar di setiap binaan pelik di setiap penjuru dunia bagi menjayakan perancangannya sementara menunggu kemunculan terakhirnya di akhir waktu.
kod 5:
Sebuah obelisk di kota Kristian, Vatican City
Kod #5: Obelisk, struktur pelik sejak zaman sejarah
Obelisk ialah struktur tiang tegak berbucu seperti piramid di atasnya. Struktur ini wujud sejak zaman sejarah di Mesir, Assyria, Ethiopia dan terus dibina di beberapa lokasi ‘terpilih’ di seluruh dunia ketika zaman moden. Kewujudannya juga mengandungi misteri yang tidak terjawab secara konkrit, motif pembinaannya kekal misteri.
Obelisk di Ethiopia
Di Mesir
Paris
London
Turki
Washington, Amerika
Ada juga obelisk yang tertera tulisan kuno dalam bahasa Mesir dan Assyria. Ia seperti meninggalkan mesej kepada umat manusia mengenai sebab ia dibina, juga mungkin mesej mengenai ‘seorang manusia’. Obelisk dipercayai pertama kali dibina di Assyria oleh Raja Shamanesser III pada kurun ke-9 Sebelum Masehi (SM).
Ia juga mungkin sebagai salah satu ‘tanda’ kewujudan Dajjal di sesuatu lokasi itu, ia adalah kod kehadiran Dajjal di situ.
kod 6:
Stonhenge ketika matahari terbit
Kod #6: Stonehenge, satu lagi struktur pelik
Para pengkaji sejarah menemui fakta di mana Stonehenge dibina pada zaman purba bagi tujuan kaji bintang. Binaan itu juga dipercayai menjadi lokasi kajian astrologi oleh manusia purba dan juga lokasi kegiatan ritual.
Stonehenge dikatakan dibina untuk merekod pergerakan matahari bermula daripada ia terbit hingga terbenam. Malah, kedudukan batu (setiap batu kira-kira berat 40 tan) yang disusun secara pelik tersebut juga mewakili planet-planet di galaksi Bima Sakti secara tepat.
Ia juga menjadi kompas bintang di bumi yang menunjukkan arah taburan bintang dan kedudukan planet-planet dan matahari. Ketika matahari mula terbit pada setiap pagi pula, cahayanya terus menyuluh ke arah tengah Stonehenge dalam bacaan paling strategik dan paling tepat dengan kedudukan aras bumi dengan matahari.
Timbul persoalan, kenapa manusia zaman purba membina monumen kaji bintang ini? Apakah keperluan mereka untuk mengkaji pergerakan bintang dan matahari? Atau ia dibina oleh seseorang untuk tujuan khusus?
Jika diperhatikan, segala-galanya mengenai matahari. Mungkin ia dibina oleh seorang lelaki yang mahu kehebatannya disebut-sebut oleh manusia hari ini kerana mampu membina monumen astronomi yang melampaui pengetahuan purba ketika itu. Ia juga salah satu kod yang ditinggalkan kepada para pengikutnya bagi memberitahu kewujudannya di situ pada satu masa dahulu.
—
kod 7:
Menara Babel di Babilon seperti diceritakan dalam al-Quran melalui kisah Namrud
Kod #7: Triniti agama pagan
Sesuatu yang masih menjadi pertanyaan dalam agama Kristian adalah kesukaran untuk menjelaskan maksud doktrin triniti. Doktrin triniti yang mula digunapakai dalam agama Kristian dipercayai bermula pada tahun 325 M dalam Konsili Nicea, iaitu selepas ketiadaan Nabi Isa.
Namun pegangan triniti sudah bermula seawal zaman Babilon, Greek dan Gnostik Yahudi, sebelum kedatangan Isa lagi. Dan, Gereja Katolik pula menetapkan, barangsiapa yang tidak mempercayai triniti seperti dalam kepercayaan terdahulu adalah tergolong dalam golongan yang ‘tidak dapat diselamatkan’. Ia juga bermaksud, fahaman triniti sengaja diserap dalam agama Kristian sebagaimana pernah dipegang masyarakat Babilon, Mesir dan Greek bagi menjamin kesinambungan satu kepercayaan lain. Ia adalah kepercayaan pagan.
Semua agama pagan sejak zaman Babilon mengamalkan kepercayaan dalam kitaran ‘keluarga tuhan’ iaitu tuhan mempunyai anak – ia pula lebih menjurus kepada menyembah selain tuhan yang satu. Dalam kepercayaan Babilon, triniti adalah Nimrod (Namrud), Semiramis dan Tammuzi. Manakala dalam kepercayaan Mesir, ia adalah Osiris, Isis dan Horus. Dalam kepercayaan Gnostik Yahudi, triniti adalah Kether, Hokhmah dan Binah. Triniti dalam kepercayaan Greek pula adalah Zeus, Athena dan Apollo.
Ia seakan menyampaikan kesinambungan satu agama sejak zaman berzaman, dan kesinambungan itu pula secara terang mengambil kesempatan terhadap keajaiban kelahiran Isa dan seterusnya menyesatkan ajaran Isa sehingga wujudnya agama triniti baru iaitu Kristian. Triniti dalam Kristian pula ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Roh Suci.
–
“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah (wahai Muhammad): “Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit (mengenainya).“ (Quran, al-Isra: 85)
–
“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.” (Quran, an-Nisa: 171)
–
“Sesungguhnya kafir lah orang yang mengatakan bahawa Allah adalah salah satu dari yang tiga. Padahal Allah hanya Satu!”(Quran, al-Maidah: 73)
–
“Dan mereka berkata “Allah punya Anak” sesungguhnya kamu yang berkata demikian telah mendatangkan sesuatu hal yang sangat mungkar, hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu dan bumi terbelah dan gunung-gunung runtuh karena (mereka) telah menuduh Allah mempunyai Anak, adalah hal aneh bahwa Allah mempunyai anak”(Quran, Maryam: 90)
–
“Orang-orang Yahudi berkata “Uzair (Ezra) itu anak Allah dan orang nasrani berkata al-Masih (Isa) anak Allah” demikian ucapan mereka meniru kata-kata orang-orang kafir sebelumnya. Allah pasti membinasakannya, bagaimana mereka dapat berpaling?”(Quran, at-Taubah: 30)
–
Benarlah kata-kata Allah, Dia tidak mempunyai anak.
–
Dalam agama Mesir purba, proses kelahiran Horus (ingat kedudukan bintang dalam artikel sebelum ini? Mesej kedudukan bintang ini pula seperti mahu disampaikan dalam binaan Stonehenge yang memetakan kedudukan bintang-bintang) dan kematiannya adalah sama dengan riwayat penyaliban Isa dalam agama Kristian. Adakah ia satu kebetulan atau sengaja dirancang sebegitu dengan mengambil kesempatan terhadap peristiwa salib? Licik.
Namun dalam kitab Old Testament, tiada istilah triniti dalam menghurai maksud ketuhanan. Tuhan dalam Old Testament (Perjanjian Lama) Yahudi dirujuk sebagai SATU, bukan tiga. Namun, agama Kristian pula melahirkan New Testament (Perjanjian Baru) bagi menyokong triniti, ia memang dirancang bagi mewujudkan kekeliruan dengan menetapkan New melengkapkan Old, dan menolak al-Quran (The Final Testament).
Berikut adalah petikan dalam Old Testament mengenai SATU TUHAN, tiada ayat dalam Old Testament yang mengatakan Tuhan itu lebih daripada Satu, yang ada hanya penrnyataan bahawa TUHAN ITU SATU:
EXODUS 20:3 Thou shalt have no other gods before me.
ISAIAH 45:22 Look unto me, and be ye saved, all the ends of the earth: for I am God, and there is none else.
ISAIAH 44:6 Thus saith the LORD the King of Israel, and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last; and beside me there is no God.
ISAIAH 46:9 Remember the former things of old: for I am God, and there is none else; I am God, and there is none like me.
ISAIAH 44:8 Fear ye not, neither be afraid: have not I told thee from that time, and have declared it? ye are even my witnesses. Is there a God beside me? yea, there is no other God beside me; I know not any.
Dalam satu hadis, dikatakan Dajjal itu adalah Yahudi. Maka adalah relevan jika maklumat untuk menjejak Dajjal juga perlu diteroka dalam manuskrip-manuskrip Yahudi. Satu fakta yang perlu diketahui, Isa adalah Yahudi dan bangsa Yahudi tidak suka lelaki berambut panjang dan berjanggut serta bermisai sejak ketika zaman antara tempoh Daud/David hingga zaman penjajahan Rom (zaman Isa), maka ia bertentangan dengan imej Jesus yang digambarkan melalui lukisan-lukisan dan patung-patung Jesus dalam kepercayaan Kristian. Maka juga, gambaran rupa bentuk Jesus juga bolehlah dikatakan sebagai satu lagi kod.
Dalam kepercayaan Kristian juga, Isa akan kembali pada akhir zaman. Pendapat ini sama seperti kepercayaan dalam Islam iaitu Isa akan kembali membunuh Dajjal. Manakala dalam Kristian pula, Jesus akan kembali menentang The Anti-Christ. Wujud satu keadaan yang kompleks hampir serupa dalam kes ini. Kita akan mendalami kompleksiti ini dalam tajuk khas nanti.
Simbol agama Cao Dai di Indo-China, imej satu mata tersebut
adalah tuhan yang disembah oleh penganut agama ini
Dan sesuatu yang berlaku di Indo-China (dekat dengan Asia Tenggara) wujud satu agama baru sejak 1926 iaitu agama Cao Dai yang menjadikan simbol satu mata sebagai simbol ketuhanan. Agama itu juga mengamalkan mistisism melalui ritual-ritual yang sukar difahami. Ia adalah petanda bahawa fitnah Dajjal sudah hampir, dia sudah pun dijadikan tuhan. Agama ini dianggap sebagai ajaran sesat di Vietnam, namun amalannya terus berkembang dengan pembiayaan dana dari sumber yang tidak diketahui. Pengembangan agama ini mungkin sengaja dipilih untuk ditempatkan di Indo-China kerana gugusan negara Asia ini sememangnya mempunyai banyak agama pelik yang tersendiri, ia menjadikan pergerakan agama Cao Dai ini berkembang dengan teratur.
kod 8:
Merlin, tukang sihir terkenal dalam epik King Arthur
Kod #8: Merlin, The Prophet of Magic
Merlin, tukang sihir dan juga penasihat King Arthur (Raja pertama England) digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru yang mengaja pelbagai pengetahuan kepada King Arthur dan rakyat England ketika zaman awal negara itu. Orang England ketika itu menggelar Merlin sebagai Nabi Sihir.
Perwatakan Merlin dikatakan kerap muncul dan kemudian hilang. Dia dikatakan kerap ke hutan untuk bersendiri selama berbulan-bulan sebelum muncul semula. Merlin juga dikatakan sebagai ‘penyimpan rahsia dunia’ , ‘ketua pengetahuan’ dan ‘druid Celt terakhir’.
Dalam buku Historia Regum Brittanniae (ditulis pada tahun 1337) yang ditulis Geoffrey of Monmouth, Merlin dikatakan sebagai bukan anak manusia, dia dikatakan anak syaitan tetapi masih tertakluk kepada hukum Tuhan. Geoffrey juga mengatakan Merlin dilahirkan oleh seorang wanita dari tanah putih (Timur Tengah) (mungkin wanita Yahudi Timur Tengah). Geoffrey juga mengatakan kebolehan sihir Merlin adalah hasil campuran antara Manusia dan Syaitan. Secara tidak langsung, pandangan Geoffrey ini juga selari dengan pendapat para ilmuwan Islam iaitu Dajjal adalah anak seorang wanita yang lahir hasil dari benih syaitan.
Namun kisah Merlin juga hilang begitu sahaja secara pelahan-lahan apabila kuasa England semakin kuat dan mampu berdiri sendiri tanpa bayangan Merlin. Namun berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan, Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali. Merlin dikatakan membina Stonehenge di Salisbury dengan mengangkut batu-batu besar nun jauh dari Gunung Killaraus di Ireland untuk dibawa ke England, di mana monumen yang dibina itu menunjukkan satu kod iaitu kitaran bintang Sirius akan berada selari dengan matahari pada satu tarikh pada akhir zaman (terbiasa dengan tahun 2012 dalam kalendar Mayan?)…dan dia juga meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali pada waktu itu iaitu semasa Sirius dan matahari kembali dalam garis selari untuk memimpin England dalam menyatukan dunia.
kod 9:
Star of David
Kod #9: Star of David
Jika diperhatikan melalui pandangan skeptikal dan cryptic, Star of David mengandungi mesej syaitan iaitu 666. Simbol ini terbina dengan bentuk bintang berbucu 6, di bucu bintang itu pula tersusun 6 piramid dan ditengah simbol itu pula terletaknya sebentuk segi 6. Maka ia adalah simbol 666, number of the beast, nombor manusia syaitan.
Simbol ini bukan sahaja wujud dalam agama Yahudi, malah ia juga wujud dalam agama selain Yahudi, iaitu Hindu. Bangsa Yahudi terkenal dengan sikap mereka yang tidak mahu berkongsi Tuhan, namun simbol yang dikatakan sebagai simbol rasmi agama Yahudi ini juga wujud dalam agama Hindu. Bagaimana ini boleh berlaku?
Imej Dewa Krishna di tengah simbol Star of David
Juga perhatikan simbol Star of David di sebuah kuil Dewa Monyet di Kathmandu, perhatikan juga simbol swastika di tengah antara dua bintang.. swastika dalam bulatan matahari
Juga imej Jesus Christ di tengah Star of David
Ia mungkin dibawa oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam tamadun Hindu sejak zaman purba lagi. Atau satu agama dahulu kala (sebelum berubah menjadi agama Hindu) mungkin berasal daripada ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi Yahudi sehingga menyebabkan serpihan agama itu berkembang ke tanah India. Atau mungkin juga agama Hindu berasal daripada ajaran Tauhid sebelum menjadi terpesong sehingga elemen banyak tuhan mula mencemari agama ini tanpa kawalan. Atau juga mungkin India pernah disinari ajaran seorang nabi satu ketika dahulu, kemudian bangsa ini didatangi seorang Yahudi untuk merosakkan agama Tauhid ini dengan memasukkan elemen sesat dan simbol-simbol Israeliah bagi menandakan kehadirannya.
Lama-kelamaan simbol Star of David menjadi sebati dan menjadi salah satu simbol agama Hindu itu sendiri, sama seperti agama Yahudi. Malah juga terdapat Tuhan Matahari dalam agama Hindu iaitu Krishna dan Surya. Kenapa hampir setiap agama mesti ada Tuhan Matahari? Ia satu kebetulan atau memang ada seseorang yang mahu menjadi tuhan? Kali ini, kami biarkan anda membuat kesimpulan sendiri.
—
Anda keliru dengan hadis Rasulallah bahawa Dajjal itu akan keluar selepas kewafatannya, tetapi kami pula mengatakan kewujudan Dajjal bermula sejak sebelum Nabi Muhammad lagi? Di sini ingin jelaskan bahawa melalui hadis-hadis, Dajjal hanya dipasung semasa kenabian Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi daripada fitnah Dajjal.
Anda ingat lagi dengan hadis mengenai pertemuan Tamim ad-Dari dengan Dajjal di sebuah pulau? Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik Thabariya…ini bermakna Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung dan dia pernah keluar sebelum itu. Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad… dan Dajjal diberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat. Ia adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum kelahiran Muhammad lagi.
Dajjal sebenarnya dikatakan lahir sejak seawal zaman Nabi Sulaiman, atau lebih awal iaitu zaman Nabi Daud atau jauh lebih awal iaitu sejak zaman Nabi Nuh. Ingat lagi dengan sepotong ayat
dalam hadis…”sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kepada kaumnya…?”. Berdasarkan epik Horus, ciri-ciri kod yang ditinggalkan iaitu ‘akan kembali pada akhir zaman’ memberi gambaran bahawa Dajjal sudah wujud sebelum kenabian Musa. Malah Horus juga dikaitkan dengan ‘mata satu’ dan menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia. Kemudian selepas kewafatan Muhammad, Dajjal yang dipasung sepanjang hayat Muhammad itu kemudian dibebaskan untuk meneruskan kerja sulitnya dengan izin Allah (hanya Allah lebih mengetahui kebenaran terhadap teori ini). Dajjal menyambung tugas sulitnya dalam menyesatkan manusia dengan bantuan syaitan dan kelompok-kelompok manusia yang menyembahnya. Kemudian lahirlah tamadun Mayan selepas kewafatan Muhammad, wujudlah manusia-manusia hebat dalam pentas sejarah yang mengatakan dia akan kembali lagi melalui kod-kod yang sama. Jika Quetzalcoatl, Merlin, Horus, Shi Huangdi dan imej manusia yang digambarkan sebagai Isa dalam agama Kristian itu adalah semua individu berbeza, mengapa pula mesej kod mereka adalah sama?
Dajjal mungkin sudah wujud sekian lama sebelum kelahiran dan kenabian Muhammad berdasarkan kesan-kesan kod sejarah yang ditinggalkannya, tetapi Dajjal dipasung dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. Dia sejak sebelum kelahiran Muhammad telah lama menjalankan rancangan dan persiapan untuk kemunculan ‘bergaya’ di akhir zaman, dia kemudian dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita kasihi. Dia kemudian dibebaskan dengan izin Allah dan dengan janji Allah kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia. Segala perancangannya bagaimanapun tidak lebih besar daripada perancangan Allah Yang Maha Bijaksana.
Mengapa ditinggalkan piramid dan obelisk di kebanyakan lokasi di dunia tanpa penjelasan kukuh? Ia adalah kod-kod rahsia yang hanya difahami oleh golongan manusia yang diterangi dengan pengetahuan terahsia, Illuminati. Golongan Illuminati ini menerima jaminan Dajjal bahawa mereka akan mmperoleh kuasa untuk mentadbir dunia sementara menunggu dan membuat persiapan menunggu kemunculan terakhirnya nanti.
Jika direnung, satu benang halus yang tersembunyi sudah dilihat dengan jelas iaitu kod-kod rahsia melalui kisah-kisah epik dan binaan-binaan misteri. Mesej mengenai Tuhan Matahari pula begitu banyak wujud dalam tamadun dunia, tidak terkecuali juga dalam kepercayaan Hindu
melalui penyembahan Tuhan Krishna dan Surya yang juga Tuhan Matahari dalam kepercayaan Hindu.
Apabila kod-kod ini disusun, maka ia menjadi sedikit mudah untuk dipecah dan difahami. Apabila dipecahkan, akan jelas kelihatan satu ‘sistem’ yang sengaja diwujudkan oleh ‘seseorang’ sejak zaman berzaman untuk menguasai pemikiran manusia sejak sekian lama. Sistem ini kemudian menyerap masuk dalam pemikiran manusia dan menjadikan setiap perancangan Dajjal pada zaman moden diteruskan dengan mudah tanpa disedari.
Ia adalah satu sistem yang sangat licik, halus, teratur, terancang dan bergerak secara senyap dalam perjalanan sejarah manusia. Sistem inilah yang telah menidurkan manusia sejak sekian lama, sistem inilah yang menjadikan kaum setiap para nabi menentang ajaran Tauhid yang dibawa oleh para nabi sebelum Muhammad. Sistem inilah yang menjadi doktrin kepada keengganan manusia menyembah Allah. Ia adalah Sistem Dajjal.
Dajjal adalah seorang manusia, setiap perancangannya pula pada zaman moden ini digerakkan oleh segolongan penyembahnya...
SUMBER ISLAM: Quran, Hadis.
SUMBER LAIN: Ancient Egyptian Myths, Book of the Deads; Secret Codes of Terracota Warriors; The Mayan Prophecies
SATURDAY, AUGUST 07, 2010
SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 1
Disiar semula dari Arkib Kosnpirasi Sepanjang Zaman
Ditulis oleh: SHAHI @ The ASSOCIATE
-----